Program Nilam


PENGENALAN
Merupakan penggabungan atau adunan semula aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai

RASIONAL
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah.

OBJEKTIF
1. Menjadikan pelajar banyak membaca
2. Menggalakan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

MATLAMAT
Supaya terbina tabiat gemar membaca di kalangan pelajar

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Semua pelajar wajib menyertai aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh PSS 
    sepanjang tahun.

2. Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.

3. Pengesahan pembacaan oleh guru

4. Pelajar layak menyertai Program Rakan Pembaca setelah mencatat minima 100 buah buku

5. Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan dicatat serta bilangan
    mata yang dipungut untuk Program Rakan Pembaca.



EKSPLORASI MINDA
(Hazim & Afif)
Kulewati segalaa panorama dunia
Cuba fahami semua dengan akal dan minda
Jiwa kosong kian terisi
Yang sukar kini fahami
Terjawab jua persoalan di hati

Rahsia kehidupan tiada garis sempadan
Kadangkala menduga batas akal fikiran
Jika tiada bimbingan
Bimbang tak bertemu jalan
Tersasar arah, hilang sinar tujuan

Di sini kita eksplorasi minda
Menguji cita rasa
Membentuk cendekia akal bicara

Di sini kita eksplorasi minda
Mencari waras makna
Bertimbangkan pada wajarnya

Sedarilah nilainya
Ilmu penyuluh jiwa
Perkasa langkah, keyakinan melimpah
Lagu & Lirik : Johan Majid