Fungsi Dan Peranan

  1. Pusat ilmu  kerana ia mempunyai perbendaharaan ilmu yang banyak. Ia adalah pusat mengurus, memperoleh, menghasilkan dan menyebar sumber maklumat.
  2. Pusat pembelajaran iaitu melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. Ia juga menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan secara individu ataupun berkumpulan.
  3. Pusat pengajaran iaitu tempat untuk guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan canggih yang disediakan. Ia dapat menyediakan panduan, memberikan galakan kepada guru ataupun murid bagi mencari, memilih, menghasilkan dan menggunakan media yang sesuai.
  4. Pusat profesional iaitu melalui latihan dalaman atau perbincangan kumpulan.
  5. Terdapat juga sumber kepakaran, bahan-bahan rujukan dan digunakan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.




Piagam Pelanggan Pusat Sumber SBP Integrasi Gombak
  • Memberikan layanan mesra kepada semua pelanggan.
  • menyediakan tempat, ruang dan suasana pembelajaran yang kondusif, bersih dan selesa kepada semua pelajar.
  • Menyediakan bantuan khidmat Pengawas Pusat Sumber yang cekap, terlatih dan berdedikasi.
  • Menyediakan perkhdmatan sirkulasi yang cepat, cekap dan berkesan menerusi Sistem Automasi S-Library.
  • Menyediakan sistem penggunaan Kad Pelajar untuk urusan sirkulasi yang efisien.
  • Menyediakan khidmat fotokopi, 'laminate' dan 'comb-binding' dengan harga yang berpatutan.
  • Menyusun semula bahan yang dipulangkan dalam masa satu hari.