Thursday 6 October 2011

Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya 2011

Pada 17, 18 dan 19 September 2011, Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolahtelah mengadakan Kem Kepimpinan untuk Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber sekolah bertempat di Kem Perah, FRIM Kepong. Seramai 80 orang pelajar dan 10 orang guru terlibat dengan proram ini.



          Kem ini di isi dengan pelbagai program menarik yang membina minda pelajar di samping menggilap bakat-bakat kepimpinan yang ada dalam diri setiap peserta. Sepanjang kursus di kem ini, para pelajar dibahagikan kepada beberapa buah kumpulandan setiap kumpulan dikehendaki mempunyai identiti yang tersendiri. Pelbagai aktiviti yang berbentuk pertandingan antara kumpulan diadakan dan pemenang menerima hadiah masing-masing pada majlis penutup.

          Kem ini berakhir dengan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Majlis penutup kem ini telah dihadiri oleh En Zulkifli bin Abd Latib, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.








Wednesday 5 October 2011

Khidmat Bantu Pusat Sumber

             Pusat Sumber SBP Integrasi Gombak telah menjalankan Khidmat Bantu Pusat Sumber selama 2 hari berturut-turut bermula pada hari Rabu (5 Oktober 2011) dan Khamis (6 Oktober 2011). Beberapa orang guru dari sekolah berhampiran hadir untuk membantu.