Kem ini di isi dengan pelbagai program menarik yang membina minda pelajar di samping menggilap bakat-bakat kepimpinan yang ada dalam diri setiap peserta. Sepanjang kursus di kem ini, para pelajar dibahagikan kepada beberapa buah kumpulandan setiap kumpulan dikehendaki mempunyai identiti yang tersendiri. Pelbagai aktiviti yang berbentuk pertandingan antara kumpulan diadakan dan pemenang menerima hadiah masing-masing pada majlis penutup.
Kem ini berakhir dengan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Majlis penutup kem ini telah dihadiri oleh En Zulkifli bin Abd Latib, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
No comments:
Post a Comment