SEJARAH PENUBUHAN
Pusat Sumber Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak mula beroperasi pada bulan Januari 2004 dengan sasaran utama pada waktu itu ialah mengemaskini stok bahan-bahan bacaan di perpustakaan. Pusat Sumber sekolah ini mempunyai kemudahan seperti sebuah bilik khas sebagai perpustakaan sekolah, sebuah bilik untuk Bilik Tayangan, sebuah pejabat guru, sebuah bilik rakaman, sebuah bilik serba guna dan sebuah bilik am.
Pusat Sumber Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak mula beroperasi pada bulan Januari 2004 dengan sasaran utama pada waktu itu ialah mengemaskini stok bahan-bahan bacaan di perpustakaan. Pusat Sumber sekolah ini mempunyai kemudahan seperti sebuah bilik khas sebagai perpustakaan sekolah, sebuah bilik untuk Bilik Tayangan, sebuah pejabat guru, sebuah bilik rakaman, sebuah bilik serba guna dan sebuah bilik am.
Menjelang Mac 2004, Pusat Sumber mula membuka perpustakaan untuk kegunaan para pelajarnya. Pelajar-pelajar boleh mula meminjam buku-buku dari perpustakaan secara manual menggunakan kad keahlian perpustakaan yang boleh didapati dengan membayar yuran keahlian seumur hidup sepanjang bergelar pelajar Sekolah Berasrama penuh Integrasi Gombak sebanyak 50 sen.
Bermula dengan buku berjumlah 2000 buah , kini di penghujung tahun 2005, perpustakaan sudah pun mempunyai 4380 buah buku. Bilangan
ini akan bertambah dari masa ke semasa mengikut peruntukan yang diterima dan keperluan semasa.
Bermula April 2004, Pusat Sumber mula membuka Bilik Tayangan untuk kegunaan guru-guru dan para pelajar. Kemudahan yang terdapat dalam bilik ini ialah pendingin hawa, sebuah peti televisyen, sebuah pemain cakera padat dan sebuah alat pemain kaset CD. Guru yang berminat boleh menempah bilik ini terlebih dahulu. Bermula tahun 2004 juga, perkhidmatan langganan akhbar telah dimulakan untuk semua pelajar SBPIG dengan dikendalikan oleh PSS sekolah. Pada bulan Januari 2005, pelbagai jenis perkhidmatan pula disediakan untuk para pengguna seperti perkhidmatan fotostet, ‘laminate’ dan ‘ binding’.
PSS juga telah mempelbagaikan aktiviti untuk menambah tabung PSS dari masa ke semasa seperti mengadakan jualan ‘Request’, jualan penanda buku, jualan pen dan jualan surat khabar lama.
KONSEP PSS
Pusat Sumber Sekolah bukanlah satu tempat yang menyediakan koleksi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber SBP Integrasi Gombak adalah satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulumnya. Pusat Sumber sekolah lebih merupakan satu punca segala pergerakan dan aktiviti ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Oleh kerana penubuhan pusat sumber itu suatu proses yang mengambil masa yang panjang dan tidak mudah, maka sebagai sebuah pusat sumber yang baru di sebuah sekolah yang baru, usaha pada peringkat awal penubuhannya ialah mengumpul dan memusatkan bahan-bahan yang penting untuk kemudahan para guru dan pelajar sekolah ini. Pemusatan bahan-bahan ini meliputi bahan-bahan bercetak dan bahan-bahan bukan bercetak.
Pengurusannya mengikut Sains Perpustakaan supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih tersusun dan teratur kepada penggunaannya terutama kepada para guru dan pelajar. Pusat Sumber lebih merupakan suatu himpunan fungsi merangkumi pengumpulan maklumat, penyusunan maklumat, penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan penyebaran maklumat.